Friday, September 25, 2015

Saturday, September 19, 2015

Tips untuk memilih dan menggunakan Concealers


Memilih Concealer sesuai adalah kunci untuk mencapai kulit yang sempurna. Concealers yang baik mampu mengatasi masalah discolorations, membentuk kesan bayang-bayang, menutup kecacatan kulit, dan dengan kombinasi fondation yang baik akan memberikan kesan kulit yang flawless, licin, mulus dan sekata.

Sebaliknya, Concealer yang kurang dirumuskan dengan baik dan tidak sesuai untuk anda akan membuatkan kawasan bermasalah lebih ketara malah kelihatan lebih teruk. TIDAKK

Mari kita pergi kepada bagaimana untuk memilih Concealer yang baik untuk jenis kulit kita. Jangan bimbang, ia lebih mudah daripada yang anda sangkakan!

SALAH FAHAM TENTANG CONCEALER

Sebelum kita pergi kepada cara-cara memilih Concealer, ada beberapa salah faham tentang Concealer yang kebanyakan kita buat. Ada yang confuse antara Concealer dan Foundation. Perlu ke guna dua-dua?

Baiklah..Concealer sebenarnya digunakan hanya kepada area2 kecil pada wajah yang bermasalah. Ye, in memang ramai yang sedia maklum. Tetapi tahukah anda ianya bukan untuk menggantikan fungsi Foundation. Foundation digunakan untuk menutup seluruh wajah, dan penggunaan Concealer adalah terbaik digunakan bersama-sama Foudation sama ada sebelum atau selepas.

TIP UNTUK ANDA

Concealer boleh di apply sebelum atau selepas foundation bergantung kepada keperluan anda. untuk menutup kecacatan pada wajah yang ketara, Concealer lebih baik disapu selepas Foudation, begitu juga sebaliknya - sebelum Foundation untuk coverage yang biasa atau kurang ketara.

Kebanyakan kita skip penggunaan Foundation untuk kelihatan lebih natural, tapi sebenarnya untuk kebanyakan orang, tanpa Foundation, Concealer kelihatan ketara ditampal pada wajah dan kelihatan seperti tompok2 kecil.

Gunakan Concealer yang satu atau dua tona lebih cerah untuk cover kawasan2 gelap

MEMILIH CONCEALER

Pilih Concealer bersesuaian dengan jenis kulit anda. Untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering, elakkan Concealer berbentuk cecair dengan matte finishing. ia akan menyebabkan kulit lebih kering.

Untuk kulit berminyak dengan pori2 besar, elakkan  Concealer yang berkrim, pekat dan melekit kerana ia akan menyebabkan pori tersumbat dan kulit lebih berminyak.

Untuk menyembunyikan jeragat, bekas jerawat, dan lingkaran gelap di kawasan mata, anda memerlukan Concealer yang lebih tinggi tahap coverage nya iaitu Canmake Color Sticks atau Canmake Pore cover Concealer

                
           Canmake Color Sticks          Canmake Pore cover Concealer


JENIS-JENIS CONCEALER

Ada bermacam jenis Concealer yang anda perlu pertimbangkan. Jika anda mempunyai lebih dari satu masalah kulit muka adalah lebih baik anda meggunakan sekurang-kurangnya dua jenis Concealer. Kenapa bukan satu? biasanya, Concealer yang berkrim, ia bersifat melembapkan kulit dan sesuai digunakan untuk kawasan mata yang ada lingkaran gelap dan di kawasan kulit yang lain yang kering, Tetapi sudah semestinya ia tidak sesuai di area "T" yang lebih berminyak. Begitu juga tona warna yang cerah digunakan untuk lingkaran gelap di kawasan mata tidak sesuai digunakan dia kawasan lain yang tidak mempunyai masalah tona warna gelap.

Utamakan Concealer tanpa wangian, terutamanya kawasan sekitar mata yang sensitif. Ini kerana Concealer tanpa wangian sesuai untuk semua jenis kulit dan kebanyakan produk Concealer adalah tanpa wangian.

CONCEALER CECAIR
 + Sesuai untuk semua jenis kulit kecuali kulit kering
 + Tahap coverage nya boleh dibina, dari ringan, sederhana ke penuh
 + Finishing ada berbagai pilihan, dari matte ke satin

Concealer cecair senang untuk di apply. Cuma gunakan jari yang bersih atau berus Concealer.

Concealer cecair lebih stabil dan sesuai untuk kebanyakan masalah kulit kerana risiko untuk mengeras atau retak adalah lebih kecil atau hampir tiada. Ia juga sesuai untuk melindungi kedutan kecil kerana tekstur nya yang nipis. Walaupun begitu ianya mudah berubah ketebalan coverage kerana sifatnya yang cair. Concealer cecair yang matte finishing lebih tahan lama berbanding satin finishing. Concealer yang memberi kesan bersinar (radiant shimmer) sesuai untuk bawah mata kerana ia memberikan kesan soft glow dan highlight.













Canmake Cover and stretch Concealer UV













Canmake Highlights & Retouch Concealer UV














Canmake Stamp cover Concealer

STICK CONCEALER

+ Sesuai untuk kulit normal, kering, dan sensitif
+ Tahap coverage nya boleh dibina dari sederhana ke penuh
+ Finishing ada berbagai plihan, dari matte ke satin.

Stick Concealer mempunyai tekstur yang separa pepejal seperti gincu, tebal dan tekstur berkrim. Concealer ni boleh dititik-titik atau digaris dan kemudian disapu rata. AWAS : Jika tidak disapu rata boleh menyebabkan ia kelihatan teruk. Ratakan dengan gerakan bintik-bintik dengan jari yang bersih ataupun menggunakan berus Concealer.

 Teknik gerakan bintik-bintik

Stick Concealer paling sesuai untuk bawah mata dan sekitar kawasan hidung dan mulut dan untuk menyembunyikan tompok coklat atau merah.

Concealer dan mereka yang bermasalah jerawat sangat sinonim kerana keupayaan menyembunyikan kecelaan pada kulit. Tetapi untuk stick Concealer, bahan-bahan yang membolehkan ia berbentuk pepejal mempunyai risiko untuk menyumbat pori-pori dan memburukkan lagi keadaan jerawat walaupun ia mampu menyembunyikannya dengan baik. Kebanyakan Stick Concealer "rawatan jerawat" berbentuk pepejal dan berwarna pelik seperti hijau atau orange. Kami tidak menggalakkan penggunaan stick Concealer untuk rawatan jerawat kerana tekstur nye yang berat dan kandungan bahan seperti lilin tidak baik untuk jerawat.

Stick Concealer kebiasaannya memberi matte finishing , dan jarang sekali yang memberi satin finishing. kedua-duanya memberi coverage yang baik pada kulit tetapi satin finishing perlu ditutup dengan bedak serbuk untuk ia lebih tahan lama.

Dapatkan Canmake Color Sticks atau Canmake Pore cover Concealer


CONCEALER KRIM

+ Sesuai untuk kulit normal, kering, kombinasi, atau kulit sensitif
+ Tahap coverage nya boleh dibina dari sederhana ke penuh
+ Finishing yang ada termasuk satin dan berkrim.

Biasanya krim Concealer memberi liputan yang sederhana atau penuh dan dijual dalam bentuk pallet, compact atau dalam bekas kecil. Amat sesuai untuk bawah mata, dan kulit yang mengalami masalah discoloration yang teruk seperti melasma atau lebih dikenali sebagai tanda lahir.

Tekstur yang tebal dan pigment yang lebih tegap membolehkan ia meliputi lebih baik berbanding Concealer cecair, tetapi tanpa teknik meratakan yang betul ia akan kelihatan lebih berat diatas kulit.

Krim Concealer boleh di apply menggunakan teknik gerakan bintik-bintik dengan jari pada wajah, atau menggunakan berus Concealer atau span. Krim Concealer harus ditutup dengan bedak serbuk untuk mengelakkan garis halus timbul.











Canmake Color mixing Concealer

Concealer Krim-Serbuk

+ Sesuai untuk kulit normal, sedikit kering, kombinasi, atau kulit sensitif
+ Tahap coverage nya boleh di bina dari ringan ke sederhana
+ Finishing yang ada termasuk serbuk dan matte lembut.

Senang di apply kerana strukturnya yg berkrim. Gunakan jari yang bersih atau berus Concealer.
Krim-Serbuk lebih bagus menyembunyikan kecelaan kerana serbuk dan matte finishing nya. Walaupun begitu ia cenderung untuk membentuk garis-garis halus. Kerana ini ramai orang memilih Concealer cecair atau Concealer krim. Elakkan Concealer Krim-serbuk di kawasan yang bermasalah, kering, dan tidak stabil kerana sifat berkrimnya akan memburukkan keadaan dan finishing serbuknya akan menonjolkan lagi keadaan kulit yang kering.

Concealer Mebaiki-Warna-Tona

+ Sesuai untuk warna atau tona kulit yang tidak boleh deperbetulkan dengan baik dengan hanya Foundation dan Concealer biasa. (seperti kebiruan bawah mata, kemerahan melampau atau warna pudar)

 + Tahap coverage nya boleh dibina dari ringan, ke penuh.
 + Terdapat dalam pelbagai finishing bergantung pada formula nya

Concealer ini terdapat dalam bentuk Krim atau Stick kerana ianya mudah untuk meliputi kawasan bermasalah dan lebih sekata. Gunakan sebelum Foundation kerana warna nya yang ketara, contohnya warna hijau boleh membantu menuetralkan kemerahan, tetapi perlu diliputi dengan Foundation agar tidak kelihatan. Concealer ini memerlukan kecekapan penggunaannya dalam memilih warna dan kawasan yang ingin disembunyikan. Anda boleh rujuk di bawah untuk warna-warna yang biasa digunakan.

Lavender : membaiki pucat atau kekuningan pada kulit

Kuning : membaiki warna ungu yang ketara seperti lingkaran hitam atau parut, menyerlahkan kening, tulang pipi. Pastikan kuning nya berwarna pucat, tidak keemasan!

Hijau : meneutralkan kemerahan, termasuk kemerahan akibat rosacea

Pink: Meneutralkan kebiruan pada nada kulit yang lebih cerah; mampu menceriakan kulit yang sangat pucat.

Orange / Salmon: meneutralkan warna biru, ungu atau kelabu yang sangat ketara pada kulit wajah

CARA UNTUK MEMAKAI CONCEALER
  1. Untuk kulit kering, sapukan pelembap terlebih dahulu terutamanya pada bahagian mata. Biar 1-2 minit dan kemudian sapukan Concealer.
  2. Sapu Concealer menggunakan jari bersih, berus, atau span dan ratakan sebaiknya. Concealer cecair atau krim tidak boleh digunakan selepas Foundation yang berbentuk serbuk. . Concealer yang matte finishing tidak perlu ditutupi dengan bedak serbuk kerana ianya akan rasa lebih kering, tetapi anda boleh cuba terlebih dahulu untuk lihat kesannya dan berapa lama ia bertahan. Gunakan Concealer berpigment tinggi untuk kulit yang agak kitikal bermasalah.
  3. Tunggu 1-2 minit kemudian baru tutup dengan Foundation. Foundation akan mejadikan Concealer kurang jelas kelihatan. Faundation juga mempunyai lebih banyak pilihan warna yang boleh membantu wajah kelihatan lebih semula jadi atau natural.

* Info dirujuk dari blog lain dan Canmake page